Sebab Muhyiddin dipanggil menghadap Sultan Johor

Sebab Muhyiddin dipanggil menghadap Sultan Johor.
  1. Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor pada 1986. Sultan dan Muhyiddin memang rapat sejak dari itu. Sultan Johor pula seperti kita semua kenal memang mesra orangnya.
  2. Muhyiddin mungkin dipanggil untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku ketika pemecatannya. Umum mengetahui , media sosial boleh dimanipulasi siapa saja , jadi Sultan mestilah mahu mendengar berita yang mengejutkan itu dari mulut Muhyiddin sendiri kerana itulah sumber yang paling tepat.
  3. Pertemuan mereka berlansung selama satu jam sahaja. Satu jam itu masa yang cukup -cukup untuk bertanya khabar dan bercerita tentang berita -berita negara. Buletin Utama TV3 pun sejam tempohnya , kan?
  4. Ada mulut-mulut tak berinsurans membuat andaian bahawa TS Muhyiddin mahu menjatuhkan kerajaan Najib dengan berkomplot dengan kerabat diraja Johor , ini sebabnya khabar itu sama sekali salah.

  • Muhyiddin pergi menghadap Sultan bersama Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin , Ketua Umno Johor. Mana logik kalau dia nak jatuhkan kerajaan Najib di depan Khaled Nordin. Kantoi la!
  • Muhyiddin bukanlah seperti Anwar. Dia memang berjuang untuk rakyat, tetapi dia taat kepada UMNO, kalau dia nak berjuang, dia akan berjuang dari dalam UMNO. Mengikut perangai Muhyiddin dari awal penyertaan beliau dalam politik, beliau bukanlah ahli politik opportunis dan gila jawatan. Dia tak akan musnahkan parti beliau kerana ketaatannya yang pelik itu.
  • Muhyiddin tak mahu jadi Perdana Menteri. Beliau dicalonkan bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan yang lepas. Ramai yang menyokongnya untuk naik, tetapi dia menolak dengan alasan tidak mahu memecah belahkan parti. Dia tiada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri dan selesa selamanya berada di tempat nombor dua.
  • Najib boleh tidur lena sebenarnya kerana TS Muhyiddin tidak akan menggugat kerajaannya walau apapun yang terjadi. Muhyiddin boleh kita ibaratkan sebagai Hang Tuah Moden kerana ketaatannya yang tiada batas
Sumber: mydebat.com

2 Comments